Wednesday, 22 March 2017 10:52

PROGRAM JOM MASUK UniMAP Sesi 2017/18

Written by 
Rate this item
(0 votes)

HEBAHAN PROGRAM JOM MASUK UniMAP - KHIDMAT NASIHAT KEMASUKAN KE IPT DAN BANTUAN PENGISIAN UPUONLINE

Bersempena perlanjutan tempoh permohonan calon pelajar lepasan SPM (ke program pengajian Diploma) dan lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma/Setaraf (ke program pengajian Ijazah Sarjana Muda) sehingga 5 April 2017, UniMAP akan melancarkan Program Jom Masuk UniMAP kepada kumpulan sasaran berkenaan yang memberi fokus kepada  :

* khidmat nasihat pemilihan program pengajian untuk kemasukan ke IPT Sesi 2017/18
* bantuan pengisian UPUONLINE
* promosi program pengajian yang ditawarkan di UniMAP


Perincian program adalah seperti berikut :

Tarikh : 22 Mac 2017 hingga 5 April 2017 (hari bekerja)

Masa   : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat :

a) One Stop Centre UniMAP, Lobi Bangunan KWSP, 01000 Kangar, Perlis

b) Anjung UniMAP Kuala Lumpur, Aras 26, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.

c) Anjung UniMAP Kulim, Suite 1.10, 1st Floor, KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park, Kulim Kedah.

Mohon kepada semua staf dan pelajar untuk menghebahkan perlaksanaan program ini kepada ahli keluarga dan kenalan masing-masing supaya calon pelajar lepasan SPM/STPM/Matrikulasi/Diploma/Setaraf dapat merebut peluang untuk hadir mendapatkan maklumat tepat mengenai peluang kemasukan ke institusi pengajian tinggi  bagi Sidang Akademik 2017/2018.

#JomMasukUniMAP
#UniMAPpilihan1
#UniMAPdihatiku

Sekian, terima kasih.

**************************************************
UNIT KEMASUKAN DAN REKOD PELAJAR
Bahagian Pengurusan Akademik, 
Jabatan Pendaftar,
Universiti Malaysia Perlis,
Tingkat 3, Bangunan KWSP,
Jalan Bukit Lagi,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel. : 04-9798706/7941/7940
Faks : 04-9798703

Read 123 times

Contact us

School of Manufacturing Engineering,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Kampus Alam Pauh Putra,02600
Arau, Perlis
Malaysia
Phone: (+604) 988-5035
Fax:(+604) 988-5034
Mail us: dean_mfr@unimap.edu.my