Postgraduate Programme

Objektif Program (PO) dan Hasil Pembelajaran (LO) Pasca-Siswazah

Objektif Program (PO) dan Hasil Pembelajaran (LO) Pasca-Siswazah

Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Objektif Program (PO)

  1. Graduan yang berkemahiran dan berpengetahuan lanjutan yang mendalam di dalam bidang kepakaran yang spesifik.
  2. Graduan yang berfikiran kritis dan berkeupayaan menganalisis hasil penyelidikan dalam bidang tujuan mereka.
  3. Graduan yang berpengetahuan tinggi serta berkebolehan pengetahuan dan inovasi kepada produk baru dan perkhidmatan di peringkat nasional / antarabangsa.

Hasil Pembelajaran (LO)

  1. Menunjukkan kesarjanaan yang tinggi dalam bidang penyelidikan.
  2. Menyumbang kepada penyelidikan asli yang dapat meluaskan sempadan pengetahuan menerusi penghasilan tesis atau disertasi.
  3. Melakukan analisis secara kritikal dan menilai serta mensintesis idea baru.
  4. Merancang dan melaksanakan tugas penyelidikan kendiri  secara profesional, beretika dan bertanggungjawab serta dapat memimpin / menyelia projek penyelidikan.
  5. Melapor penemuan penyelidikan kepada rakan setara pada tahap yang sesuai untuk penerbitan di peringkat antarabangsa.
  6. Mengiktiraf keperluan pembangunan profesional yang berterusan.

Ijazah Sarjana (MSc.)

Objektif program (PO)

  1. Graduan yang berkemahiran dan berpengetahuan lanjutan dalam bidang specifik.
  2. Graduan yang berkeupayaan melaksanakan penyelidikan dalam bidang tujuan mereka.
  3. Graduan yang berkebolehan untuk menyumbang pengetahuan dan inovasi kepada produk baru dan perkhidmatan di peringkat nasional/ antarabangsa.

Hasil Pembelajaran (LO)

  1. Menunjukkan pengetahuan lanjutan dan berterusan serta mempunyai keupayaan untuk terus membangun atau menggunakan pengetahuan tersebut dalam situasi baru atau dalam konteks pelbagai disiplin
  2. Menganalisis dan menilai masalah dalam disiplin secara kritikal dalam situasi yang maklumatnya terhad dan mengemukakan penyelesaian menerusi aplikasi instrumen dan teknik yang sesuai
  3. Menilai maklumat sedia ada dan bahan bukti penyelidikan serta mengaplikasikannya dalam konteks kejuruteraan
  4. Merancang dan melaksanakan tugas penyelidikan secara profesional, beretika dan bertanggungjawab
  5. Melapor penemuan teknikal dalam bentuk tulisan dan lisan
  6. Mengiktiraf keperluan pembangunan profesional yang berterusan

Contact us

School of Manufacturing Engineering,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Kampus Alam Pauh Putra,02600
Arau, Perlis
Malaysia
Phone: (+604) 988-5035
Fax:(+604) 988-5034
Mail us: dean_mfr@unimap.edu.my