Wednesday, 22 February 2017 03:48

KARNIVAL 'YOUNGPRENEURS GO!'

Written by 
Rate this item
(0 votes)

JEMPUTAN KE KARNIVAL 'YOUNGPRENEURS GO!'


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan kerjasama UniMAP akan menganjurkan Karnival 'Youngpreneurs Go! bertempat di Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Pauh Putra pada 24 & 25 Februari 2017 bermula jam 7.30 pagi hingga 11.00 malam. 

Berkuatkuasa 1 Januari 2017, pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran. Inisiatif ini dibuat bertujuan untuk menggalakkan dan memberi kesedaran kepada golongan muda terutamanya di kalangan para pelajar yang berkecimpung dalam bidang keusahawan untuk mendaftarkan perniagaan mereka secara sah di sisi undang-undang. Selain itu menerusi inisiatif ini ianya merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) SSM dalam membantu para pelajar untuk menjadikan perniagaan sebagai pilihan kerjaya mereka pada masa hadapan. 

Berikut merupakan syarat-syarat bagi skim di atas: 

Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas; 

    1. Sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/IPTS/Politeknik/Kolej/Institut Kemahiran/Pusat Kemahiran di dalam negara; 
    2. Permohonan yang boleh dipertimbangkan adalah bagi satu pendaftaran perniagaan baharu untuk tempoh satu tahun sahaja bagi setiap pelajar di sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini; 
    3. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari kalangan pelajar sahaja); dan 
    4. Pembaharuan pendaftaran perniagaan setelah tamat tempoh setahun akan dikenakan bayaran seperti biasa. 

Bagi melaksanakan skim ini, proses pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut: 

Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut; 

    1. Kad Pengenalan; 
    2. Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku; dan 
    3. Salinan asal surat perakuan pelajar (boleh didapati dari kaunter daftar pada hari karnival) 

Karnival ini juga membawakan beberapa selebriti yang berjaya sebagai usahawan atas talian, dan akan berkongsi pengalaman dengan pelajar/peserta/staff. Selebriti yang akan hadir adalah Fizo Omar, Hisham Salleh, Elfira Loy dan Talib.
 
Sehubungan dengan itu, semua staf dan pelajar adalah dijemput hadir. 

Read 370 times Last modified on Wednesday, 22 February 2017 04:26

Contact us

School of Manufacturing Engineering,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Kampus Alam Pauh Putra,02600
Arau, Perlis
Malaysia
Phone: (+604) 988-5035
Fax:(+604) 988-5034
Mail us: dean_mfr@unimap.edu.my