Wednesday, 02 August 2017 07:27

MAKLUMAN BERKENAAN ARAHAN UNTUK MENGISI SOAL SELIDIK KAJIAN PEMETAAN KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN PELAJAR (STUDENTS ENTREPRENEURIAL MAPPING (SEM)) KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 1 & 2 PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH (PELAJAR TEMPATAN) KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2016

Written by 
Rate this item
(0 votes)
No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 08/17 (1252)
Tarikh         :  02 Ogos 2017
 
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan,
Kepada : 

Semua Pelajar Ijazah (Pelajar Tempatan) UniMAP Kemasukan Sesi Akademik 2016/2017 

Saudara/Saudari, 

MAKLUMAN BERKENAAN ARAHAN UNTUK MENGISI SOAL SELIDIK KAJIAN PEMETAAN KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN PELAJAR (STUDENTS ENTREPRENEURIAL MAPPING (SEM)) KEPADA SEMUA PELAJAR TAHUN 1 & 2 PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH (PELAJAR TEMPATAN) KEMASUKAN SESI AKADEMIK 2016/2017 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Unit Keusahawanan dan PPRN dengan kerjasama Pejabat Penolong Naib Canselor (Keusahawanan dan Kelestarian Kewangan), UniMAP sedang menjalankan kajian Pemetaan Kecenderungan Keusahawanan Pelajar di UniMAP. Kajian ini amat penting bagi membolehkan Kementerian dan universiti dalam merancang dan melaksanakan program pembangunan keusahawanan serta mengenalpasti pelajar yang mempunyai potensi dan tahap kecenderungan keusahawanan yang tinggi untuk memulakan aktiviti perniagaan. 

3. Sehubungan itu, SEMUA PELAJAR UniMAP TAHUN 1 DAN 2 KEMASUKAN PADA BULAN OGOS- SEPTEMBER 2016 , SESI AKADEMIK 2016/2017 (PELAJAR TEMPATAN SAHAJA) ADALAH DIWAJIBKAN untuk mengisi Sistem Kajian Pemetaan Kecenderungan Keusahawanan Pelajar ini. Para pelajar boleh berbuat demikian dengan -

i). masuk ke pautan berikut - [ http://113.23.201.8/ |http://113.23.201.8/ ] ; 

ii). pilih Universiti - " Universiti Malaysia Perlis "; 

iii). masukan No. Kad Pengenalan ; dan 

iv). klik butang " Hantar " 


* Catatan: Hanya Pelajar Program Pengajian Peringkat Ijazah (Tempatan) yang No. Matriknya bermula dengan "16xxxxxxx" sahaja yang perlu mengisi sistem kajian ini. 

4. Sebagai makluman tambahan para pelajar boleh mengakses pautan tersebut dengan menggunakan pelayar web Chrome/Mozilla/Internet Explorer melalui komputer/ tablet/ android dan mengisi segala maklumat yang diperlukan sehingga selesai. Sistem kajian ini telah dibuka untuk diisi sehingga 15 Ogos 2017 . Sekiranya para pelajar menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan pengisian sistem ini, sila hubungi talian berikut - 04-9798750/ [ callto:0194165498 | 0194165498 ] (En. Hakam) atau 04-9768092/ [ callto:0134480773 | 0134480773 ] (En. Azim). 

Perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh semua berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan terima kasih. 

Sekian, terima kasih. 


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

"Tunjang Mengukuh Di Bumi, Pucuk Menjulang Tinggi" 

Saya yang menjalankan tugas,


Unit Pembangunan Keusahawanan Pelajar 
Pejabat Penolong Naib Canselor (Keusahawanan & Kelestarian Kewangan) 
Tel : 04-976 8092 I Faks : 04-978 2749

 
Read 183 times

Contact us

School of Manufacturing Engineering,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Kampus Alam Pauh Putra,02600
Arau, Perlis
Malaysia
Phone: (+604) 988-5035
Fax:(+604) 988-5034
Mail us: dean_mfr@unimap.edu.my