Anouncement 02 July 2020: INVITATION FOR PROPOSALS ON PROMOTING THE USE OF ICT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan,
INVITATION FOR PROPOSALS ON PROMOTING THE USE OF ICT FOR ACHIEVEMENT OF SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS UNDER THE EXTRA-BUDGETARY CONTRIBUTION FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA (EBC-C) FOR 2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Asia Pacific Telecommunity (APT) melalui surat rujukan: APT/EBC-C/2020/Inv-01 bertarikh 19 Jun 2020 telah mempelawa negara-negara anggotanya untuk mengemukakan cadangan projek Promoting the Use of ICT for Achievement of Sustainable Development Goals melalui pembiayaan oleh Kerajaan China. Objektif projek ini adalah bagi menggalakkan penggunaan aplikasi ICT dalam menangani isu sosio-ekonomi seperti kemiskinan, jurang digital, kesihatan, pendidikan, tenaga hijau, pembangunan infrastruktur, kelestarian bandar dan kesejahteraan komuniti. Projek yang dicadangkan oleh negara anggota perlulah  mendapat kerjasama dan kepakaran dari negara China. Selain daripada itu, projek yang dicadangkan boleh merangkumi aktiviti-aktiviti antaranya seperti kajian lapangan / penyelidikan, lawatan kerja ke China, projek usaha sama penyelidikan dan projek rintis.

3.         Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) ingin memanjangkan jemputan permohonan dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) selaku focal point APT dan mempelawa semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta untuk memohon. Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan dokumen berkaitan yang boleh dimuat turun di https://bit.ly/3hPbZO2.  Maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan projek dan khidmat kepakaran China boleh didapati dengan mengemukakan e-mel kepada Ministry of Industry and Information Technology, China di ebc-c@apt.int atau aptebcc@caict.ac.cn. Bersama-sama ini dimajukan salinan surat jemputan bertarikh 24 Jun 2020 untuk rujukan pihak tuan/puan.

4.         Untuk makluman, bagi memastikan keteraturan dan keseragaman, hanya set borang permohonan yang telah dilengkapkan dan dikemukakan melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) sahaja yang akan dipertimbangkan. Tarikh tutup permohonan untuk dihantar ke RMC ialah sebelum atau pada 24 Julai 2020 (Jumaat) untuk perakuan. 

5.         Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

i.          Encik Mohd Azreey Shah Abd. Aziz

E-mel  : azreey@kkmm.gov.my

No. Tel: 03-8911 5639

ii.          Puan Nur Risyah Musa

E-mel  : risyah@kkmm.gov.my

No. Tel: 03-8911 7521

6.         Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan  terima kasih.

Rujuk lampiran di sini: https://drive.google.com/drive/folders/1ewovyx9xIyoAiK2g6oyg7VgElZfJR20w?usp=sharing  

Sekian.Berkhidmat Untuk Negara “Ilmu, Keikhlasan,Kecemerlangan” 
Saya Yang Menjalankan Amanah, NURUL SHAFINAZ ISMAIL PENOLONG PENDAFTAR PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (PPP) Universiti Malaysia Perlis, Tingkat 3,Bangunan Canselori,Kampus Pauh Putra, 02600 Arau ,Perlis Tel :017-4045003Email:shafinaz@unimap.edu.my

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan, 

MAKLUMAN KEPADA SEMUA STAF UniMAP

MAKLUMAN PENUTUPAN TAWARAN PENYERTAAN IBADAH KORBAN DAN AQIQAH 1441 H / 2020 M 

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Untuk makluman, Pusat Islam & Pembangunan Insan dengan kerjasama Jabatan-Jabatan dan Pusat-Pusat Pengajian UniMAP akan menganjurkan Majlis Ibadah Korban dan Aqiqah 1441 H / 2020 M yang dijadualkan seperti butiran di bawah.

Tarikh   : 02 Ogos 2020  (AHAD) bersamaan 12 Zulhijjah 1441

Tempat : Dataran Parkir Bas Kubang Gajah.

Masa     : 7.00 pg – 2.00 ptg.

3.   Sehubungan dengan itu, Pusat Islam & Pembangunan Insan ingin memaklumkan bahawa penyertaan untuk Ibadah Korban dan Aqiqah telah ditutup.

Bagi yang telah mendaftar, bayaran hendaklah diserahkan secara tunai di Pusat Islam & Pembangunan Insan sebelum atau pada 10 Julai 2020.

Kerjasama dan perhatian semua dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 
‘Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan’

Saya yang menjalankan amanah,
USTAZ NASRUL BIN CHE ALI
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM,UNIT LATIHAN DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN,PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP).
NO HP : 014-3443989 Email : nasrulali@unimap.edu.my

Laman Web Pusat Islam – http://pusatislam.unimap.edu.my

email Pusat Islam – pusatislam@unimap.edu.my

Facebook – http://www.facebook.com/p.islam.unimap