14 MARCH 2019 : JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI DAN VIDEO PENDEK.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI 
DAN VIDEO PENDEK.

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni akan mengadakan pertandingan mencipta logo 
Jabatan HEPA dan video pendek yang bertemakan “pengalaman indah berada di UniMAP”.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mempromosikan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni kepada semua warga UniMAP serta
Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk melahirkan idea yang kreatif dan inovatif dalam mencipta logo & video.

Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar UniMAP.

1.Borang penyertaan pertandingan mencipta logo boleh didapati:-
https://goo.gl/forms/Lr3KpErlOjerONMN2

Borang penyertaan Pertandingan Video Pendek:
https://goo.gl/forms/vetS9gV0syRZcimC2

 
Bersama-sama ini disertakan poster hebahan untuk makluman dan rujukan. Tarikh Tutup Penyertaan pada 10 April 2019 

Jom sertai  hadiah menarik menanti anda! sebarkan dan hantar karya anda sekarang! semoga berjaya !

Sokongan dan perhatian YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dalam menyokong pertandingan ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan

Saya Yang Menjalankan Amanah,

Sekretariat Pertandingan Mencipta Logo JHEPA & Video Pendek

———————————————————————————-
POSTMASTER UniMAP
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Universiti Malaysia Perlis
Tel : 04-9885466 / 5467 / 5468
Fax: 03-76101879

Email : post@unimap.edu.my