28 DECEMBER 2018:AKTIVITI PEMATUHAN UniMAP KAMPUS BEBAS ASAP ROKOK (OLEH : JAWATAN KUASA UniMAP KAMPUS BEBAS ASAP ROKOK)

No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 12/18 (2013)

Tarikh          : 28 Dis 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg.Datuk/Dato’/Prof./Prof.Madya/Dr/Tn/Pn

 

AKTIVITI PEMATUHAN UniMAP KAMPUS BEBAS ASAP ROKOK

 

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Awam merupakan salah satu daripada 23 kategori tempat yang diwartakan sebagai tempat dilarang merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Dalam memastikan UniMAP 100% Kampus Bebas Asap Rokok, kempen kesedaran dan aktiviti pematuhan akan dijalankan oleh pihak penguatkuasaan mulai bulan Disember 2018 Pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000.00 atau penjara sehingga dua tahun seperti yang telah dimaklumkan semasa  Pelancaran Kempen UniMAP Kampus Bebas Asap Rokok oleh YBhg. Dato’ Naib Canselor di Perjumpaan Mingguan Bersama Pengurusan Tertinggi Universiti pada 12 Disember 2018.

 

Aduan tentang lokasi tumpuan merokok yang telah dikenalpasti boleh dilakukan dengan mengambil gambar beserta maklumat lokasi, tarikh dan masa. Aduan boleh dihantar melalui pesanan ringkas / Whatsapp di hotline smoke free campus 011-59654811. Butiran pengirim akan dirahsiakan.  Aduan hanya digunakan untuk tujuan mengenalpasti lokasi tumpuan merokok bagi meningkatkan pemantauan di lokasi berkenaan. 

Marilah kita bersama menjadikan UniMAP 100% Kampus Bebas Asap Rokok demi kebaikan diri, institusi dan generasi.  Perhatian dan kerjasama YBhg.Datuk/Dato’/Prof./Prof.Madya/Dr/Tn/Pn amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

DILARANG MEROKOK

ELAKKAN MENGHIDU ASAP ROKOK

PERSEKITARAN BERSIH HAK KAMI

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Tunjang Mengukuh Di Bumi , Pucuk Menjulang Tinggi’

 

Saya yang menjalankan amanah,

 JAWATAN KUASA UniMAP KAMPUS BEBAS ASAP ROKOK 
Universiti Malaysia Perlis

No. Tel : 011-59654811

Updated: December 28, 2018 — 8:25 am
Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis
2018 © School of Manufacturing Engineering,
Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra Main Campus,02600, Arau Perlis, Malaysia.
Tel: 04-988 5035 ; Fax: 04-988 5034
Email:pa_ppkp@unimap.edu.my

Best viewed using Internet Explorer, Mozilla Firefox and Google Chrome with resolution 1280 x 768 or above.
Designed by Website Development Team, from School of Manufacturing Engineering

           
Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome, 1280 x 800 resolution