3 OKTOBER 2018 : Jemputan Ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1440h/2018m Peringkat UniMAP.

No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 10/18 (1596)
Tarikh          : 03 Okt 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1440H/2018M PERINGKAT UniMAP.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.     Adalah dimaklumkan bahawa Universiti Malaysia Perlis melalui Pusat Islam akan menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1440H/2018M bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat” peringkat UniMAP seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 5 Oktober 2018 (Jumaat) 
Masa     : 8.30 pagi – 12.00 t/hari
Tempat : Dewan Kecemerlangan, Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra. 

Antara pengisian menarik program :
– Ceramah Maal Hijrah “Ke Arah Membina Generasi Ulul Albab” oleh Prof. Madya Dr. Mat Rofa bin Ismail (Mantan Penyarah UPM) 
– Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran 
– Pelancaran Majalah Al-Ulum 
– Anugerah Tokoh Maal Hijrah UniMAP 
– Anugerah Al-Falah 
– Anugerah Personaliti Maal Hijrah 
– Anugerah Siswa Islam 
– Anugerah Khas Pencetus Ummah 
– Anugerah Khas Agensi Terbaik 
– Persembahan Lagu Ketuhanan

3.     Sehubungan dengan itu, Pusat Islam menjemput semua staf dan mahasiswa UniMAP untuk hadir memeriahkan majlis tersebut. Kehadiran akan dikira sebagai 1 hari berkursus. Semua PTJ/PPK diwajibkan menghantar seramai 10 orang wakil. Bersama ini dilampirkan aturcara majlis, poster dan borang pengesahan kehadiran.

Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Tunjang Mengukuh Di Bumi, Pucuk Menjulang Tinggi”
Saya Yang Menjalankan Amanah,

Pusat Islam 
Universiti Malaysia Perlis

Tel : 04-9885371 Fax : 04-9885336
Mobile : 019-4631876
Laman Web Pusat Islam – [ http://pusatislam.unimap.edu.my/ | http://pusatislam.unimap.edu.my ]
Email Pusat Islam – pusatislam@unimap.edu.my

USTAZ NASRUL BIN CHE ALI
PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM,
UNIT DAKWAH DAN TAKMIR MASJID,
PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP).
NO HP : 014-3443989 Email : nasrulali@unimap.edu.my
Laman Web Pusat Islam:- http://pusatislam.unimap.edu.my
Email Pusat Islam: pusatislam@unimap.edu.my