3 OKTOBER 2018 : Program Festival Kebudayaan Antara Pusat Pengajian Unimap 2018 (Festkapp ’18)

No. Rujukan : UniMAP/ICT/Post: 10/18 (1595)
Tarikh          : 03 Okt 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan,

PROGRAM FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARA PUSAT PENGAJIAN UniMAP 2018 (FestKAPP ’18)

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adakah dimaklumkan Unit Kebudayaan dan Rekreasi, Universiti Malaysia Perlis akan menganjurkan FESTIVAL KEBUDAYAAN ANTARA PUSAT PENGAJIAN 2018 (FestKAPP’18) pada 4hb Oktober hingga 7hb Oktober 2018 bertempat di Dewan Kecemerlangan, UniMAP, Pauh Putra.

3. Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kebudayaan dan Rekreasi, UniMAP. Pada tahun ini lima (5) pertandingan yang akan dipertandingkan sempena Festival Kebudayaan Antara Pusat Pengajian 2018 iaitu :

i) Pertandingan Sayembara Puisi
ii) Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
iii) Pertandingan Nyanyian Lagu Irama Malaysia
iv) Pertandingan Tarian Zapin
v) Pertandingan Battle Of The Bands

4. Seperti penganjuran FestKAPP pada tahun 2017, pada tahun ini Pertandingan ‘International Got Talent’ turut diadakan khas untuk pelajar-pelajar antarabangsa UniMAP. Sila rujuk jadual pertandingan yang dilampirkan.

Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak YBhg. Datuk/Dato’/Prof./Tuan/Puan dalam hal ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
‘Tunjang Mengukuh Di Bumi, Pucuk Menjulang Tinggi’

Saya yang menjalankan amanah,

(CAROLINE TAIMIN)
Pegawai Kebudayaan
Unit Kebudayaan dan Rekreasi
Merangkap
Setiausaha Festival Kebudayaan Antara Pusat Pengajian 2018.

Updated: October 3, 2018 — 3:44 am
           
Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome, 1280 x 800 resolution