JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN KALI KE-13 (FESTKON 13)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa, Sekretariat FESTKON 13 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni akan menganjurkan Festival Konvokesyen kali ke-13 yang akan diadakan pada  24-29 Oktober 2018 bertempat di Perkarangan Pusat Kejuruteraan Kampus Alam Pauh Putra.

Sehubungan dengan itu, Majlis Perasmian Festival Konvokesyen akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh   : 24 Oktober 2018 (Rabu) 
Masa     : 8.00 malam – 11.00 malam 
Tempat : Perkarangan Pusat Kejuruteraan Kampus Alam Pauh Putra

Sehubungan dengan itu, pihak sekretariat amat berbesar hati menjemput semua pelajar dan staf hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Festival Konvokesyen pada tahun ini dengan kehadiran artis jemputan Sufian Suhaimi.

Bersama-sama ini disertakan Aturcara Majlis untuk makluman dan rujukan.

Sekian Terima Kasih.

Sekretariat Festkon 13
Universiti Malaysia Perlis

Updated: October 24, 2018 — 2:59 pm
Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis Universiti Malaysia Perlis
2018 © School of Manufacturing Engineering,
Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra Main Campus,02600, Arau Perlis, Malaysia.
Tel: 04-988 5035 ; Fax: 04-988 5034
Email:pa_ppkp@unimap.edu.my

Best viewed using Internet Explorer, Mozilla Firefox and Google Chrome with resolution 1280 x 768 or above.
Designed by Website Development Team, from School of Manufacturing Engineering

           
Best viewed with Mozilla Firefox and Google Chrome, 1280 x 800 resolution