18 SEPTEMBER 2018 : Makluman Jadual Kelas Kokurikulum Pengajian Ijazah Semester Pertama Sidang Akademik 2018/2019

MAKLUMAN JADUAL KELAS KOKURIKULUM PENGAJIAN IJAZAH SEMESTER PERTAMA SIDANG AKADEMIK 2018/2019

Sebagaimana YBhg Prof./Prof. Madya/Ir./Ts./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, kursus kokurikulum adalah diwajibkan kepada semua pelajar UniMAP untuk tujuan penijazahan. Gred yang diperolehi pelajar dikira dalam CGP/CGPA. Pusat Kokurikulum ingin memohon jasa baik semua Pensyarah dan PLV di semua Pusat Pengajian/ PTJ agar tidak mengadakan sebarang aktiviti (kuliah ganti/ujian/lawatan dan lain lain) semasa 7 minggu kelas kokurikulum berlangsung pada semester 1 ini terutamanya kepada pelajar tahun 1 dan 2. Kelas kokurikulum ini hanya dilaksanakan pada hari Sabtu sahaja sebagaimana jadual yang disertakan.

Bersama ini disertakan jadual tarikh 7 pertemuan kursus kursus Kokurikulum untuk rujukan dan tindakan YBhg Prof./Prof. Madya/Ir./Ts./Dr./Tuan/Puan. Maklumat terperinci jadual kokurikulum turut boleh diperolehi di website kokurikulum.unimap.edu.my atau menerusi link berikut :

JADUAL KOKURIKULUM SEM 1 Degree 20182019